Hari tahun nie memang best ;) Beraye sakan. Why ?
1. Beraye ngan family
2. Dapat jumpe balek rakan2 yang terpisah
Al Kisah....
2, 3 hari sebelum Syawal
----------------------------
Kali nie kitaowg semua balek umah awal =). Hari rabu am and angah balek, Khamis aku lak sampai umah. Best giler memulun membuat kuih raye dengan ada, mak and alang =). Tapi 1 hari before raye terpakse turun padang mengecat umah. Cian Am and angah. Nak masak lemang lagi, nak ngecat lagi. Penat gak mengecat nie. Dah ler pose, kena berdidi dengan lama plak tu. herm, tapi alhamdulillah sempat gak ciap. Tapi mlm tu aku ponteng sembahyang teraweh =P
1st Syawal
-----------
Selalu time raye, abah mesti demam sebab sebelum nie slalu die yang strugle sowang-sowang buat lemang. Tapi tahun nie, owang lain yang buat lemang, owang lain yang demam =P. So, tinggal ler abah sowang-sowang kat umah time kitaowang gi sembahyang raye. Cian abah. Balek dari sembahyang raye tu, kitaowg bersalam-salaman ler satu family. Yang kite dah besar2 nie, sedeh ler kan mintak ampun mintak maaf ngan mak and abah, yang si kecik-kecik nie duk mengelak kan owg jer. ceh! Hari raye pertama kitaowang just tunggu owg datang umah jer.
2nd Syawal
------------
Dah kebiasaan tiap-tiap tahun kat kg owang buat tahlil pagi raya kedua. Hari nie abah dah sehat, so kami pegi satu family. Dah abes tahlil, umah mesti diserbu oleh keluarga mak lang Elan. Tak penah miss dalam 10-11 tahun nie. Petang nyer, abah ajak balek kg; kg. Kertau Chenor. Sempat ler singgah kat umah mak angakat aku mase kat Sabah dulu yang dah terpisah lame. huhu..mane tak nyer, biler die datang umah, aku sik takde jer. Sempat balek kg sekejap jer sebab esok nyer kami nak gerak ke Muar nak mengankut perabot2 yang sayang untuk ditinggalkan tu..
3rd Syawal
------------
Hari nie me, angah, am, abah and teh(cousin) gerak ke Muar nak mengankut barang. Tinggal katil, almari and tempat penyidai baju jer yang tak terangkut dek Myvi..Pegi pagi, balek ptg. Nak cari tempat makan punye lah susah kan. Biler dah jumpe tempat makan, tah ape2 ler pulak. Hangin sekejap =(
4th Syawal
------------
Hari nie janji ngan cik wok and Sue nak beraye ke rumah mereka. Dah pegi beraye umah Sue, singgah bus stand Temerloh jap nak tengok ler kut2 leh tempah tiket dari KL ke Muar. Sib baik dapat. Tapi tak dijangke2, terserembak dengan Wan norazreeni; my shcoolmate during study kat SMKSB and MRSM Q'tan. Then jumpe skali ngan Jiha(shcoolmate SMKSB and MRSM Q'tan), gimah(schoolmate SMKSB) and Faizah(schoolmate SMKSB). Riuh sakan ler kan kat depan KFC tu =P. Sambil2 tunggu cik wok, sambil2 chit chat ngan kawan2 yang dah lost contact nie. Best nyer. So, al kesah dari plan nyer nak gi jengke jer, melarat jugak beraye ke umah Refa(schoolmate SMKSB) kat lancang, umah Masitah(schoolmate SMKSB) kat jengke 20 yang dah mengandung anak kedua...Dari dlm kul 11am beraye smpi ler kul 6pm++. Membebel gak lah abah. Dah ler celcom tgh buat hal =P. Kan dah merisaukan mak bapak...Sorry abah =)
5th Syawal
------------
Hari nie sambung beraye ngan Jiha, Amy Melati, Fizah and Gimah ke open house Mute' kat karak setia, melawat Mas yang dah bekerja kat post office, wedding adik Mira and beraye ke umah Ustaz Aziz(cikgu SMKSB) kat bentong, rumah Munir, Liza and Fazilatunnor kat lebu. Best giler sebab tak dah lama tak jumpe rakan2 nie. macam2 cite kuar. Keje mane? Dah berboyfren? Biler nak kawen? sambung study kat mane? Mendengar dengan penuh minat. Tahun depan leh la plan lagi konvoi raye nie, insya allah. Harap2 tahun depan dpt beraye kat m'sia ler.
::Liza, Gimah, me, Amy, Fazilatunnor, Jiha, Fizah::
8th Syawal
------------
Dah kena balek Muar dah nie. Malas sungguh nak balek, huhu. Nak tinggal kat rumah lagi. Tapi have go back sebab barang2 kat ofice Muar tak berkemas lagi. Kang cian CM Tan.
Begitu ler citer nyer. Takde pape pun. Tapi pecah rekod gak lar berjalan dari pagi sampai ke malam semasa dibawah pengawasan mak and abah nie, hehe. tak sabar nak balek lagi ;)